BIODATA RINGKAS
MOHAMED BIN ABDULLAH (Mamat Pulut)
.Kelahiran muar 1943
johor. KAMPUNG PISANG JALAN JUNID
MUAR (Sekarang dah takde).
Berguru 9 perguruan..SALAH 1 YG
TERAKHIR PERGURUAN PANGLIMA SELEMPANG MERAH DAN SALAH SEORANG
MENDAPAT ANUGERAH SELEMPANG MERAH DIDALAM PERGURUAN..SELEMPANG MERAH BUKIT
PASIR UTK MEMIMPIN 40 ORG TENTERA..Ia juga anak kesayangan gurunya..
Dengan jasa baik Pengarah MDMS telah
mencadangkan kepada istana untuk Mendapat Penganugerahan PIS PINGAT IBRAHIM
SULTAN pada 27hb november 1971.
JASA BELIAU PADA TAHUN 1969
Diatas keberanian menghalang 9 orang
pengganas cina yang
ingin membakar tapak tempat musabaqah Al
quran yang bakal dirasmikan oleh Sultan Ibrahim di (MUAR CLUB) SEKARANG - DEWAN JUBLI INTAN MUAR. Sewaktu
itu dia hanyalah seorang pekerja buruh drp Majlis Daerah Muar Selatan. Yang
menjaga barang-barang beharga disitu pada waktu malam dan hanya bersorangan.
Tapi tak silap,beliau hanya dapat
wang saguhati RM500 daripada pihak cina untuk berdamai.. Disebabkan org muar
masa tu dah standby untuk rusuhan.. Mungkin disebabkan politik dan taknak
rusuhan kaum pada masa tu kes ni pun abis mcm tu je..
Selepas bersara beliau banyak
mengambil masa untuk beribadah hingga ia mendapat penyakit angin ahmar dan
sebelah kirinya lumpuh..Pada December 2012 ia telah pergi menghadap illahi.
Semoga Allah mengangkat darjat
keikhlasan dalam pengorbanannya,sanggup berkorban demi kepentingan bangsa dan
agama, itu jihad fisabilillah yg sebenar.. insyaallah..
al-Fatihah..



No comments:
Post a Comment